Nuffnang Ads

Thursday, September 26, 2013

CARA2 NAK PAKAI COLAGEN LIP MASK

Assalamualaikum.

Dipost yg lalu , sy ade critakn serba sedikit my own experience masa mula2 nk pakai colagen lipmask.. So, utk post kalini , sy nak terangkn secara ringkas cara2 nk pakai colagen lipmask ni ya.. Semoga dpt jadi panduan kpd Semua.

Utk para peniaga ,anda boleh copy paste utk bgi tahu kpd pelanggan (sy benarkn..;)..

Utk pengguna yg baru nk mencuba  colagen lip mask ( just follow the very simple steps k) 


cth panduan dari internet;)



Here is my own version..;)

1) Bersihkn bibir terlebih dahulu..(u may choose your own way how to bersihkn asalkn tiada minyak or bahan makanan melekat pada bibir ya);)..lipstik pon xmo ade..;)

2)Letakkn lip mask atas diatas bibir anda perlahan.. adjust sampai anda rasa selesa n  menutupi semua permukaan bibir.

3) Biarkn selama20-30 minutes utk memastikn bibir dpt menyerap semua nutrien collagen dlm lipmask..

4) Boleh tap a bit your lips while the mask is stil on your lips.. utk mudahkn / percepatkn lagi serapan colageen .

5) boleh tanggalkn after 20-30 minutess..

6) urutkn perlahan bibir anda ( tapi sy just tekan dgn jari perlahan2 sbb nk rs  yg ianya sgt lembut n moist);P

7) Dah bole klua jenjalan dgn mulut yg sihat , lembab dan cantik..(bilas sekiranya perlu;)


Selamat mencuba!;)


So ,if berminat nk beli secara borong ,boleh order dari kami ya

sepaket hanya 80sen n sometimes 70sen ikut hari promo/

Pembelian minimum is 20pcs ,rm16 free postage (SM shj)

Plz feel free tolike our business page for latest news and latest updates at this link..:


Collagen Lip Mask




Assalamualaikum




 Okay , in my previous posts, i hd shared al the details about shiseido masks and eye gel colagen mask. For today's post plak, nk story abt  the Collagen Lip Mask yg ade dijual dlm my beauty products online business..As usual , sebagai penjual ,sblm kita jual sesuatu product kecantikan ,we have to make surethat kita yg pertama try dulu and tgk whether it is effective or not , safe or not and is it worth using and consuming it..;)..So , ni nk citer my own experiece after using it..;)
Contoh Lip mask yg ade dlm stok skrg. 

Actually i have used the lipmask for a  few  times as i always have dry lips and it is always a problem to me. Even i'd tried  using lip balm daily, stll it has never helped me out in solving my dry lip problem..;(.... Maka ,dgn itu , sy ade habit yg sgt xcantik...which is suuuuka kopek kulit bibir especially early in the morninggg after appplied my lip gloss (no more nivea lip balm sebab rasa mcm kulit bibir ni mcm melekat glue cream  n melekit!).sigh..:(
Jenis lip balm yg sy pakai last time

Usually ,after apply my lip glos( yup , bukan lip balm)..,slowly memang kulit bibir yg dah kering , will terus merekah and senang to be peeled off.. DIkala itu juga , hahaa....sekiranya insan yg dok nk borak2 ngn saya , and i will just listen n didnt show any response ,  cube ler toleh sebelah ..tgklerr sy tgh busy buat apa  ek.. huhu..yezzaaarr.....ralit kopek2 kulit bibir . Mmg i will never say a word even!;P , masa tu juga sy menjadi seorang yg a VERY GOOD Listener sbb wht i can do much is , nodding my head up and down or geleng2 tanda disagree..hehhee..tu yg buat ade org tension bila sy da set diri in a 'silent mode'..muahahaa..Bila dah sampai berdarah2 tu , nnt my future bee will berleter and that was the reason y sy cari alternative nk repair my lips yg agak kering ni.. but ,sy lak cerewet . Nk a dry lip 'potion' yg xperlukn sy letak cream yg buat my lips ni rasa rimas ,melekit and panas.xmo2..:).Therefore, i tried this colagen lip mask.. 



Lip gloss da minta ganti yg baru..nk minta kt sape ek..hantaran plzzzzzzz(hint??):P

Memula tu mmg refused nk pakai sbb wa (azwa) mmg xrajinn..but bila  dah tgk demo dri my future bee,siap pakai masa driving ( which kali ni his turn pulak ler yg set silent mode as he couldnt speak nor to move his lips)..sbb dah patched the lip mask on it.;).. Aman damai sebentar -dgn radio x di on sbb sy jenis xske suasana yg bsing xkira la kt mn pun even inside my car (kesian sape naik keta sy;P )..Jadi aman damai juga sbb sy xde geng nk borak2 .-keep asking and talking-(this is his role ler..kita bkn jnis byk soal;P). So after 20minutes , i saw few changes. So, i decided to give an attempt!:)



So, after using it, it made my  lips really soft right after the use, and it felt really moistt.Soojuuuukkkk yo mulut den ni ha..:P. Then ,  I can finally start using my matte lipstick without cracked lips , providing the nutritients and moisture need .Definitely a must have for all women, and i highly recommended it. Try and you will see it..:).. 


Cara2 nk pakai lipmask sgt senang!:) Just tampalkan/letak /patch lipmask tu kat atas bibir,and let your lipsabsorbs all the colagen nutrients dlm  20-30 minutes.k.Then gently massage to make it easier to penetrate the essence of the elements.Boleh guna 2-3 times seminggu, those who in need and can use it every day..if rajin la ye..;)


Antara kegunaan Colagen lipmask ni actually  adalah:

- mengekalkn kelembapan bibir ( acts as a lips moisturizer ) ..
- menanggalkn kulit mati (kulit bibir kering ,dan membaharui permukaan kulit yg baru)
-  mengandungi nutrients colagen utk mgekalkn kecantikn dan kelembapan yg diperlukn
To remove dead skin, so that to restore smooth Gentle lips;-)
-   A strong water lock to keep moisturizing effect.
-  kandungan collagen mbntu to fill the lips fine lines to plump, beautifying effect(bibir mungil n comeyy;)
-  Sgt baik utk mngelak dri cahaya ultraviolet , to keep lips moist and avoid accelerated aging lips.





Kandungan Utama
 collagen, amino acids(sumber protein)  moisturizing factorglycerin, natural fruit acidsvitamin E, hyaluronic acid.
Physical Appearance: Milky white translucentprotein mellowfilm weight: 6g ± 5g
Cara nak simpan:
simpan di dlm tempat yg sejuk ,suhu bilik pon ok:P
elakkn dri haba / panas. Di galakkan disimpan di dlm peti  sejuk  utk megekalkn kesegaran n kelembapan yg diperlukn:P

Yess..da bole verangan dpt lipsstok2 angelina jolie gitue..;)

So ,if berminat nk beli secara borong ,boleh order dari kami ya

sepaket hanya 80sen n sometimes 70sen ikut hari promo/

Pembelian minimum is 20pcs ,rm16 free postage (SM shj)

Plz feel free tolike our business page for latest news and latest updates at this link..:


- jualan hnya utk 20 pcs ke ats ,with free postage.
- .if nk beli kurang dri 20 pcs , kita xdpt lpskn sbb kita kena bg laluan kpd penjual2 kita yg jual hrga runcit ya..
 yup , we r the supplier to them..so , kita kena be fair n play a win2 situation..:)
harga borong lip mask :
20 pcs rm16 free postage 
50 pcs rm40 free postage
100 pcs rm70 free postage
200 pcs rm 120 free postge
300 pcs rm 180 free postage


Contact Us!



okay..thks for the time..take care guys..slm..:_P

Wednesday, September 25, 2013

PANDUAN PROPOSAL PERNIAGAAN

Assalamualaikum semua.. 

Nak tahu x ,wht am i thinking right now??ha..actually , dlm hati ni berbunga2 la nak buka my own outlet or a small shop utk placed my stok yg dah berlambak sampai xmuat nk letak dlm bilik kat rumah ni..Siap kena tinggalkn half stok dlm kereta..punya la mobile busines sbb senang bila customer minta COD (cash on delivery) kita just terus packing and shoot on the spot..Xplu ler panjat2 apartment ambil stok if tiba2 kita ni kat luar tgh shopping or jenjajaln or selalunya byk bersiaran kat poslaju je ler sbb kat situ nk tggu turn pun berabadsssss..;).. 

So , when i was busy thinking of what should i do mana la tau kot2 nk buka a real beauty product shop , for sure ler sy trtanya2 how to write and prepare a business proposal..ye la..nk buat pape kena ada a proper plan..even zaman2 kat bostonweb college dulu pun , sibuk la sy ni minta my students especially MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) buat proposal utk buat any kind of activities kat kolej.Almaklumler..da keje sbg lecturer ni mngajar subject Business Writing ,so sy saja2 nk suruh diorang implement blik on wht they had learnt in my class..nk check whether were they mentally and phisicaly in my class during my lecture ke , or their minds were scattered dok pikirr when to gi to klcc or Pavilion!da sah2 la kolej tu  dikelilingi oleh Pavillion and KLCC..ihhh...;p

And now its my turn lak terkial2 la sensorang thinking of wht ,where and how to strt..kot2 lakan..ade rezeki lebih nk buka kedai sendiri..;)..( berangan xpe..yg penting kena plan betul2 dulu..so far modalnk buka outlet tu mmg semput lagi..but just merancang je la yer..;P..moga dipermudahkn..;)..

So untuk entry kali ni just nak share info yg sy dpt dri bebrapa blogs dimana sy rasa amat bermanfaat utk dikongsi bersama..disebabkn byk masa free kblkngn ni , sy luangkn sedikit masa yg ada buat research bagai lakan kot2 ade bantuan utk peniaga online kecil ,then sy study byk perkara juga dlm perniagaan online ni siap cari buku pasal perniagaan online kat many bookstore.. saja nak gain ilmu berniaga.(punyala determined dan serious nih!).asek ngadap buku2 BI je nk gak ngadap buku2 BM..;P  

antara yg sy jumpa:


FORMAT KERTAS KERJA






    
Format 
1.         Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

-         Nama perniagaan/projek
-         Tujuan rancangan perniagaan
-         Nama syarikat, alamat dan lain-lain
-         Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2.        Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3.         Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

 

  

    Isi kandungan 

1.          Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif
2.          Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3.          Latarbelakang perniagaan
4.          Latarbelakang ahli kongsi
5.          Kedudukan Projek
6.          Objektif Projek
7.          Rancangan Pentadbiran
8.          Rancangan Operasi
9.          Rancangan Pemasaran
10.        Rancangan Kewangan
11.        Penutup
12.        Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

 


    Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja


    Bahagian 1 - Pengenalan


Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i.     Nama Syarikat
ii.    Jenis perniagaan yang diceburi
iii.   Nama dan lokasi/alamat perniagaan
iv.   Status dan saiz projek
v.    Produk
vi.   Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
vii.  Anggaran kos projek.


Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Objectives

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i.                    Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
ii.                 Merancang perlaksanaan projek.
iii.               Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan



     Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan


Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i.          Alamat
Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii.         Bentuk perniagaan
Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan  boleh juga digunakan.

iii.        Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv.        Modal Permulaan
Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke  dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v.         Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.


Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan  Kongsi / Pemegang saham

i.     Nama penuh
ii.    No. kad pengenalan
iii.   Tarikh lahir
iv.   Umur
v.    Alamat Tetap
vi.   No telefon
vii.  Taraf perkahwinan
viii.  Kelulusan akedemik
ix.   Kursus yang pernah dihadiri
x.    Kemahiran
xi.   Pengalaman
xii.   Pekerjaan sekarang
xiii.  Perniagaan yang pernah diceburi.


Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.



Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci.  Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.



Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

i.     Pentadbiran
ii.    Carta Organisasi
iii.   Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
iv.   Spesifikasi Tugas
v.    Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi.   Senarai Keperluan Pejabat
vii.  Perbelanjaan Pentadbiran
a.      Perbelanjaan aset
b.      Perbelanjaan bulanan
c.       Lain-lain perbelanjaan


Bahagian 8 - Rancangan Operasi


1.   Carta aliran Proses
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.
Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2.   Unit pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3.   Keperluan bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4.   Tenaga Kerja
Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5.   Mesin dan peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6.   Susun atur Ruang Operasi
Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7.   Lokasi
Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8.   Overhead operasi
Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9.   Perbelanjaan Operasi
Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

 

 

Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran


1.   Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2.   Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3.   Saiz Pasaran
Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4.   Pesaing-pesaing utama
Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5.   Kekuatan dan kelemahan pesaing
Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6.   Syer pasaran
Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7.   Ramalan Jualan
Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8.   Strategi Pemasaran

i.    Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii.   Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii.   Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan.

iv.   Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau kakitangan pemasaran.



Bahagian 10 - Rancangan Kewangan


Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1.        Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2.        Penyata-penyata kewangan:
i.   Aliran wang tunai
ii.  Penyata pendapatan
iii. Kunci kira-kira
iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
v.  Kos pelaksanaan Projek
vi. Pelaburan aset tetap:
     Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
vii. Modal Pusingan:
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
viii. Lain-lain perbelanjaan:
Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3.        Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
i.    Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
ii.   Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
iii.  Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4.   Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5.   Prestasi Penyata Pendapatan
Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
6.   Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7.   Analisis Daya Maju Kewangan

Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.
Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

              i.     Nilai kini bersih
              ii.     Kadar Pulangan dalaman
              iii.    Nisbah faedah kos
              iv.    Tempoh pulang modal

                Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

                Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

 

 

                Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

 

 

                Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .



Contoh-Contoh Jadual

 Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja. 

Bil
Jawatan
Bil pekerja
1
Pengurus
1
2
Kerani kewangan
2
3
Pekerja Ladang
4


Contoh jadual Spesifikasi Tugas 

Jawatan
Tanggungjawab
Pengurus
  1. Menyelia operasi ladang.
  2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan
1.Pembayaran gaji pekerja
2.Merekod wang masuk dan keluar.



Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran 

Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Pengurus
1
3500.00
350.00
150.00
3900.00
Kerani
2
750.00
75.00
50.00
875.00








Keperluan Pejabat
 Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat 

JENIS
BILANGAN
Jumlah RM
1.Perabut Pejabat
1 set
1000.00

2. Komputer
2 unit
5000.00


Perbelanjaan Pentadbiran 

Butir
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat
1000.00


2. Komputer
5000.00


3.Gaji dan caruman

4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja


2500.00
  

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama 


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Ramalan
Jualan



























  

Jadual Perbelanjaan Pemasaran 

Butir
Perbelanjaan harta (RM)
Perbelanjaan Bulanan (RM)
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1.Kenderaaan (van)

40000.00





2. Promosi

100.00


3. Insuran dan cukai jalan


500.00


Jadual Keperluan Bahan Mentah 

Jenis Bahan
Kuantiti Digunakan
Stok simpanan
Harga seunit
Jumlah belian
1. Jagung
100 kg
100 kg
0.40
80.00
2. soya









  

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi 

Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Penyelia
2
3000.00
300.00
150.00
3450.00
Pekerja
4
2400.00
240.00
100.00
2740.00






  

Jadual mesin dan peralatan 

Jenis
Harga
Bilangan
Jumlah Harga
1. Chopper
5000.00
1
5000.00
2. Otomatik drinker
12000.00
1
12000.00




  

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi 

Butir
Perbelanjaan Harta (RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper
5000.00


2.otomatik drinker
12000.00


3.Gaji dan caruman

6190.00

4.






Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1.        Perbelanjaan harta
- (Pelaburan Aset Tetap )                                           ----------------------

2.        Perbelanjaan Bulanan
- (modal pusingan)                                                     ----------------------

3.        Lain-lain perbelanjaan                                                ----------------------
                                                                 
4.        Belanja Luar Jangka                                                    ----------------------

     Jumlah Kos Projek                                                       ----------------------

      
Sumber Pembiayaan Projek

  1. Modal sendiri                                                                       ----------------------

  1. Pinjaman                                                                              ---------------------

  1. Sewa beli                                                                             ----------------------

  1. Lain-lain (termasuk geran kerajaan)                                   ----------------------


Jumlah sumber Pembiayaan                                              ----------------------






Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC       

                 Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)


2002
2003
2004
2005
Hasil




     Jualan
          100,000
          100,000
          100,000
          100,000
 - kos Barang dijual
           70,000
           70,000
           70,000
           70,000





Untung kasar
           30,000
           30,000
           30,000
           30,000
- Belanja-belanja




  Pentadbiran
5,000
5,000
5,000
5,000
  Pemasaran
3,000
3,000
3,000
3,000
  Kewangan
1,000
1,000
1,000
1,000
Jumlah Belanja
9,000
9,000
9,000
9,000
Untung Bersih
           21,000
           21,000
           21,000
21,000


Contoh Prestasi Kunci kira-kira 

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan
Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun
2002
2003
2004
2005
Aset Tetap




   Kenderaan
50,000
45,000
40,000
35,000
-         susut nilai

5,000
5,000
5,000
5,000
Jumlah
45,000
40,000
35,000
30,000
Perlalatan
50000
45,000
40,000
35,000
-         susut nilai
5,000
5,000
5,000
5,000
Jumlah
45,000
40,000
35,000
30,000
Aset Semasa




     Tunai
15,000
20,000
25,000
30,000
      Si berhutang
10,000
10,000
10,000
10,000
     Stok bahan mentah
5,000
5,000
5,000
5,000
     Stok akhir
10,000
10,000
10,000
10,000
Jumlah
40,000
40,000
40,000
40,000
JUMLAH ASET
130,000
130,000
130,000
130,000





Ekuiti




     Modal sendiri
10,000
10,000
10,000
10,000
     Untung Bersih
21,000
21,000
21,000
21,000
Jumlah









Liabiliti




   Baki Pinjaman
90,000
90,000
90,000
90,000
   Pemiutang
9,000
9,000
9,000
9,000
Jumlah









JUMLAH EKUITI dan LIABILITI
130,000
130,000
130,000
130,000




Bahagian 11 – Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.

 

 

Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)


Contohnya:-

1.   Surat sebutharga
2.   Sijil kursus
3.   Surat sokongan pihak tertentu
4.   Surat dapat tender
5.   Sijil pendaftaran syarikat
6.   Salinan permit/lesen
7.   Surat-surat kepujian
8.   Bukti modal sendiri
9.   Salinan surat Cagaran
10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)



so, harap2 sedikit sbyk info ni dpt membantu rakan2 peniaga kecil seperti sy utk prepare theirown business plan ya.. Insyaallah..sama2 la kita berusaha utk memajukn diri masing2..

salam..;)

foot note:rujukan dan petikan info from rancangan perniagaan to u .