Nuffnang Ads

Thursday, September 19, 2019

Kejatuhan Perniagaan Keluarga Zaitun Industries

       




         Zaitun.Jenama produk yg sgt terkenal pada zaman 1980's hingga 1990'an . Masih terbayang2 lagi dlm ingatan ..Setiap kali naik kereta dgn arwah abah nak pi pekan PD, memang akan lalu depan Villa Zaitun yg terletak di Bagan Pinang , Port Dickson . Bila nampak je rumah Zaitun ni, saya mesti tertanya2 istana siapa ni? Besar betul rumahnya. Masa tu umur saya dlm lingkungan zaman sekolah rendah.Tanya arwah abah.Abah cakap rumah Zaitun. So , mmg tiap kali lalu , mata mmg terus trtumpu kt rumah yg sy betul2 ingatkn ianya sebuah istana. Almaklum la..saya bukan anak org senang. Zaman dulu kami duduk kuarters kerajaan je. Rumah teres kecil shj. So bila nmpk rumah zaitun ni, rase excited tu lain macam. 



Bila lalu waktu malam ,mmg sebiji mcm kat istana kayangan.. Dgn lampu yg byk dekat bhgn entrance , n sepanjang unjur jalan masuk ke dlm rumah zaitun. Memang meriah mcm i-city zaman skrg ni..:) Meriah dgn lampu di setiap penjuru pagar , rumah , bumbung segala.

But now , rumah zaitun ni mcm dah jadi tempat yg creepy n scary dah. Dah jadi rumah tinggal. Last tgk ade byk rusa2 je yg huni rumah zaitun ni. N the latest , tau2 je Avilion dh beli rumah zaitun ni .
So , now , if lalu je depan rumah zaitun ni, semua lampu2 tu dah xde ah.Kemeriahan lampu kat tiang entrance pun dah jadi berkulat , semua dah suram, sesuram history di sebaliknya.

Salah pengurusan , serta ignorance pada kuasa pemegang saham yg byk jadi punca kejatuhan zaitun. Utk further details punca kejatuhan Zaitun, boleh baca article di bawah ni:

         Masih ingat lagi barangan jenama Zaitun yang pernah menguasai pasaran tempatan suatu ketika dahulu? Pernah terfikir bagaimana satu jenama keluaran muslim yang dulu menjadi kebanggaan akhirnya terkubur? Tuan Zayed Zulkifli, seorang Marketing Representative dan pelabur value investing mengupas tentang faktor kejatuhan perniagaan keluarga ini. Tuan Zayed turut mengajar orang awam mengenai kepentingan pelaburan jangka masa panjang melalui kaedah Analisa Fundamental.
Zaitun Industri ditubuhkan oleh pengasasnya Dato Seri Hj Mohammad Eusuff Teh dengan mengambil sempena nama anak perempuan beliau pada tahun 1978. Pada awal penubuhannya memang agak hebat. Mereka menjadi perintis produk halal muslim dengan slogan halal gunakan tanpa was-was dalam sektor toiletries dan cosmetics.
Produk mereka dieksport ke Brunei, Singapore, Indonesia dan sebagainya.antara produk yg laris ialah ubat gigi zaitun. sehingga dikatakan Colgate Malaysia pun “terancam” dengan kehadiran pemain baru ini. Prospek Zaitun dianggap cerah dan mempunyai harapan yang agak tinggi untuk maju ke hadapan. Tetapi apa sebenarnya yang telah terjadi? Banyak spekulasi yang keluar kata kejatuhan zaitun disebabkan ada orang dengki.

Pernah Disenaraikan Di KLSE

Permulaan cerita sebenar terdedah bila mana Zaitun Berhad disenaraikan di papan kedua KLSE pada Jun 1997 oleh anak pengasas Dato Mohd Kamal. Semasa penyenaraian zaitun, dalam unjuran keuntungan yang disebut prospektus dikatakan zaitun RM5.7 juta dan pasca penyenaraian dalam lebih kurang RM4.3 juta untuk tahun kewangan 31 December 1997.
Tetapi sebaliknya berlaku selepas penyenaraian, pada tahun kewangan yang sama 1997 laporan kewangan menyebut Zaitun kerugian sebanyak RM14 juta berbanding unjuran RM4.3 juta. Ia merupakan perbezaan yang sangat besar berbanding unjuran dan laporan sebenar (Forecast versus Actual). Bayangkan Untung 4.3 juta menjadi rugi (loss) RM 14 juta.
Zaitun mengalami kerugian semenjak tahun pertama penyenaraian. Ekuiti pemegang saham yang bermula RM41 juta pada 1997 menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001. Kejatuhan Zaitun bukanlah sesuatu yang pantas tetapi ia adalah penderitaan kesakitan yang berpanjangan.
Antara puncanya ialah tadbir urus korporat yang sangat lemah. Bayangkan bila disenaraikan pada Jun 1997, Zaitun telah memeterai penjanjian pembelian tanah RM36 juta dengan Benua Rezeki Sdn Bhd di mana Pengarah Zaitun sendiri juga adalah pengarah dalam Benua Rezeki (iaitu Mohd Kamal Mohd Eusuff dan Aisha Mohd Eusuff – adik beradik).

Pentadbiran Yang Lemah

Pada 31 Disember 1997, 50% deposit telah dibayar. Walau bagaimanapun, perjanjian jual beli dibatalkan dan deposit sepatutnya dipulangkan sebulan dalam tempoh 6 bulan tetapi setakat Ogos 1998, hanya RM345,000 sahaja dipulangkan. Ini adalah dikategorikan sebagai RPT (Related Party Transaction) dan tidak mendapat persetujuan dari Pemegang Saham.
Dalam tahun yang sama, pihak pengurusan syarikat telah melibatkan diri dalam perdagangan saham (share trading) menggunakan pembiayaan margin (share margin financing) sebanyak RM20 juta (ini kira baru tahun pertama penyenaraian) pada tahun 1997.
Tiada pendedahan (Disclosure requirement) atas sebab apa transaksi ini dilakukan dan tidak mendapat persetujuan dari pemegang saham. No disclosure, therefore, shareholders were unaware of this transaction. Walau bagaimanapun setelah dapat diketahui, pendedahan dibuat bahawa pada September hingga November 1997, pembelian saham dibuat ke atas 13.7% Hai Ming sebanyak RM13.7 juta dan 1.48% (RM3 juta) dalam Grand Central Enterprise.
Kedua-dua saham ini kemudiannya dijual pada RM6.5 juta menyebabkan kerugian (realized net loss) RM10.2 juta. Sekali lagi, Dato Mohd Kamal dikatakan mempunyai pegangan 6% dalam GCE paid up capital.
Zaitun didenda ke atas RPT (related party transaction) yang dilakukan. Zaitun telah dinyahsenarai dari KLSE pada 16 Jun 2003 kerana gagal mematuhi langkah penstrukturaan semula untuk status PN4 (sekarang dikenali GN3 untuk ACE market untuk syarikat yang mengalami masalah kewangan).
Skandal Zaitun ini jelas menunjukkan:
  1. Pelanggaran yang serius dalam prinsip corporate disclosure and transparency dalam menjalankan transaksi yang tidak mendapat mandat dari pemegang saham
  2. Kegagalan lembaga pengarah menjalankan tanggungjawab fidusiari (Fiduciary responsibilities) – pengarah eksekutif dan pengarah bukan eksekutif (Executive Directors dan Non-Executive directors) yang sepatutnya menjadi penjaga ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus korporat (guardian of transparency, accountability and corporate governance).
  3. Pada era 1997, banyaknya berlaku tadbir urus korporat yang sangat teruk apabila ketidakfahaman lembaga pengarah dalam tanggungjawab mereka. Sebab itu, kita tengok banyak downfall of public listed companies selepas krisis kewangan 1998. Vice chairman Zaitun ketika itu adalah Mutiara Rokiah binti Abdullah yang mana suami dan anak-anak beliau adalah merupakan Pengarah dalam Zaitun sendiri.
    Masalah Zaitun bukan terhenti pada tadbir urus korporat sahaja tetapi ia termasuk masalah pengurusan dan model perniagaan Zaitun sendiri seperti isu pengedar dan cuba menceburi bidang MLM utk pengedaran produk mereka. antara punca utama kerugian ialah distributorship produk mereka.
Antara pengedar mereka seperti Boustead Trading, Harrison, Harpers dan Sime Darby Marketing. Asyik terminate pengedar mereka yang berakhir dalam mahkamah. Zaitun juga dikatakan memberi jualan credit yang agak longgar, hutang pelanggan (credit sales) adalah 95% jumlah jualan. Dan Zaitun membuat pinjaman hutang yang melebihi dari jualan syarikat.
Sebelum 1998, banyak syarikat yang disenaraikan di KLSE adalah kebanyakan family business yang kebanyakan tidak faham bila mana disenaraikan pasaran saham, segala transaksi yang besar mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu walaupun majoriti lembaga pengarah adalah adik beradik sendiri. Dalam kes Zaitun, Mutiara, Aisha, Faridah, Kamal adalah anak beranak.

Rujukan n copy pasted ; Credits to : http://www.majalahlabur.com/saham/kejatuhan-perniagaan-keluarga-zaitun-industries/?fbclid=IwAR0HKqDYD-BeTabLBmtPt3GTtTCWpRxzdaxyFJ1hjl6MuuWUC12sk0Xs3jo#mobile-site-navigation



Wednesday, September 11, 2019

PERKARA2 PENTING YG PERLU ANDA FAHAM SEBAGAI PEMBELI ATAU PENJUAL DI LAZADA

Assalamualaikum semua..

Seperti yang kita semua sedia maklum , zaman sekarang hampir semua pembeli prefer buat online shopping di LAZADA dan SHOPEE. Antara sebab2 nya adalah kerana berurusan secara online ni banyak menjimatkan masa dan barang di hantar directly to your door step hanya dlm beberapa hari. Tambahan pula jika ade FLASH SALE by LAZADA atau SHOCKING SALE by SHOPEE , kita dah xperlu lagi bersesak2 berhimpit2 nak beli brg pd harga yg murah.

Tapi untuk mereka yg baru mula berjinak2 beli barang2 kat LAZADA or SHOPEE ni , sebenarnya ade beberapa ilmu penting atau perkara yg anda perlu belajar serta faham.Tapi utk kali ni , saya nak share sedikit ilmu utk pembeli LAZADA dahulu.Utk pembeli di SHOPEE , insyaallah if ade rezeki ilmu anda , sy akan sharekn dlm my next post ya.

PERKARA2 PENTING YG PERLU ANDA FAHAM SEBAGAI PEMBELI DI LAZADA:

1. SISTEM PEMBAYARAN

Semua pembayaran yang dibuat oleh pembeli adalah DIBAYAR TERUS ke akaun tunggal milik LAZADA dahulu. Bayaran yg pembeli buat sebenarnya bukan lah terus masuk ke akaun seller (penjual). Hanya SELEPAS BARANG DITERIMA OLEH CUSTOMER , then only LAZADA akan releasekan payment/pembayaran ke akaun seller .


2. REFUND

Bagi pembeli dari LAZADA yang ingin membuat sebarang REFUND due to barang xsampai , REFUND hanya boleh dibuat dengan berhubung terus dgn klik button  CUSTOMER CARE di page LAZADA.  Ilmu ni kita sebagai pembeli kena ade sbb ade juga pembeli online yg kurang faham ,kadang2 ade yg membuta tuli marah2 seller sebab menganggap seller dah terima duit dan xmahu pulangkan duit pembeli semula. Ok. Kejadian mcm ni mmg selalu sgt berlaku bilamana pembeli sendiri kurang faham dan kurang ilmu utk beli brg secara online. Yang kesiannya pada seller2 online yg xtahu ape2 , tiba2 je kena maki sbb pembeli marah2 nk duit semula. Padahal seller online di LAZADA ni  pun sebenarnya mereka (seller) ambil risiko dgn menghantar barang dahulu brg ke customer tanpa menerima ape2 bayaran dahulu. Hanya selepas brg diterima customer baru lah LAZADA releasekan pembayaran ke akaun seller.  Kesian sebenarnya dekat2 seller2 ni. Bila anda xdapat brg , sebenarnya seller pun rugi sbb brg hilang mcm tu je tanpa dibayar. So mohon pada anda yg nk refund duit di LAZaDA utk terus berurusan dgn CUSTOMER CARE LAZADA shj ,Atau sila terus klik ni link ini https://www.lazada.com.my/helpcenter/returns/?spm=a2o4k.helpcenter-topic.header.8.4b811739srg6rQ#answer-faq-return-ans



Bila anda klik link tersebut , anda akan lihat paparan page seperti gambar di atas. Klik shj bahagian CUSTOMER CARE ,then klik button RETURN & REFUND.




Lepas klik button RETURN & REFUND , anda akan nampak button REFUNDS di bahagian kanan . Klik shj button refunds utk meneruskan process refund.



Anda akan nampak paparan seperti di atas setelah anda klik button REFUNDS.

Then klik bhgn yg saya dah highlight kan warna merah. Nanti LAZADA akan emailkn anda utk further details. Tapi jika anda masih xfaham n nak tanya byk2 , boleh je terus klik di link yg saya highlight kan dgn warna ungu. Tekan je button CHAT NOW. Lps tu tanya la byk mana soalan pun pada Customer CAre lazada ni.


3.CHAT NOW BUTTON!( anda boleh jumpa CHAT NOW BUTTON ni di page LAZADA , klik button CUSTOMER CARE dan anda akan nampak button CHAT NOW di bahagian kanan anda)

Ha , yg ni  sebenarnya ruangan chat yg betul utk anda2 yg ade byk masalah dari segi servis di LAZADA. Brg lambat sampai  , nak refund  , nak cancel ke...this is the best way for u guys to solve your problems at the soonest. Better chat shj dgn CUSTOMER CARE LAZADA. Xkisahla nak tanya pasal refund , nk trace order , nk cancel order , di sini adalah ruangan chat yg betul jika nak tanya anything in regards to services in LAZADA.

If tanya seller , mmg seller xdapat nk reply ape2 selain dari pasal produk yg mereka jual serta tlg track parcel berasarkan update dri sistem tracking yg ade disediakan LAzADA shj. Sbbnye bukan seller yg tentukan  jenis Servis Kurier. Semua ni ditentukan oleh LAZADA shj. So , jika nk minta tukar servis kurier , nak suruh kurier arrange balik shipment htr kt sekian2 alamat yg baru OR anything , can just directly chat terus ke CUSTOMER CARE LAZADA. Sbb seller xde kapasiti atau kuasa utk suruh abang2 kurier utk tukar hantar brg kt mana . Sbb semua servis kurier ni cuma terima arahan directly dari LAZADA shj . LAZADA is their customer yg signed contract utk guna their courier servis . Ini yg mostly ramai pembeli LAZADA xfaham sebenarnya.  Bila brg lambat sampai , ade yg  maki2 seller , marah sebab tuduh seller pilih servis kurier lembab atau barang salah hantar.  Utk makluman sekali lagi , servis kurier hanya ditentukan oleh LAZADA. Hanya pihak LAZADA yg sediakan Airwaybil. Seller hanya perlu print shj airwaybill yg disediakan LAZADA dan drop off parcel di cawangan servis kurier LAZADA yg terdekat.


In conclusion, adalah sgt2 digalakkan utk anda sbg pembeli di LAZADA utk faham konsep2 serta cara2 belian di LAZADA seperti yg telah saya nyatakan di atas. Moga dgn adenya info xseberapa ni , dapat membantu anda serba sedikit jika anda mempunyai  sbrg masalah pembelian di LAZADA. Dan xlupa utk seller2 di LAZADA , moga anda terus kuat semangat utk berniaga and mencari rezeki di LAZADA. Semoga anda dikurniakan kesabaran yg tinggi serta boleh bagi bantuan serta tunjuk ajar kepada pembeli yg mempunyai masalah seperti yg telah saya terangkan seperti di atas.


'Customer is always right, 
Dorang xtahu , kita sebagai seller kena sabar n tolong guide',  ok :)

https://www.facebook.com/Krimkutiltahilalatketuat/

Sila klik link ni jika anda berminat nak beli IRIAZ MOLE CREAM ,  produk yg sangat berkesan utk menanggalkan tahi lalat , kutil , ketuat atau bijikolesterol. 

Salam..