Nuffnang Ads

Tuesday, January 28, 2014

info: Tip /Panduan kesihatan untuk lelaki

Salam,

Mengikut penyelidikan atau secara umumnya, lelaki sememangnya kurang berminat untuk ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan berbanding golongan wanita.

Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa golongan wanita akan hidup 10 tahun lebih lama daripada lelaki kerana mereka peka dengan tahap kesihatan mereka.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan golongan lelaki di luar sana beberapa jenis ujian kesihatan yang boleh membantu anda. 

Lakukan ujian tekanan darah
Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Bacaan normal pula 120/80 .Tekanan di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah. 

Lakukan ujian kolesterol
Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman  sprti gym setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang. 

Lakukan ujian BMI dan ukuran pinggang
Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti. 

Lakukan ujian mengesan barah kolorektum
Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu golongan lelaki di luar sana mula menitikberatkan tentang kesihatan tubuh badan anda.

p/s.. Selain dri jaga kesihatan , dont forget to jaga kecantikan muka anda sekali ya:).. If xrajin nk belai2 muka pi spa , pakai masker Shiseido pon dah cukup..murah dan bersih:) Utk dapatkn masker shiseido , sila2 la layari link fb kami utk tempahan/pembelian..di link ni:

                                                  https://www.facebook.com/ShiseidoBorong



And...Yup ,lelaki zaman sekarang sudah ramai yg rajin n menitik beratkn kecantikan muka dan kekemasan diri.Good job!:)

2 comments: